Khas buat teman-teman-Bayaran sebuah kemaafan

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

- Artikel iluvislam.com

Ramadhan bakal menjelma

Assalamualaikum...
Kaifahalukunna teman2,saudara semuanya...
Minggu hadapan bakal tiba bulan tarbiyah...
Hakikatnya bulan2 lain juga sepatutnya dijadikan bulan tarbiyah...
Tapi jarang untuk dihayati...
Harapnya kita akan tetap dihidupkan sehingga tiba hari pertama bulan ramadhan...
Teman2...
Di sana yakni di bulan ramadhan ini banyak keberkatannya...
Saya yakin telah dan akan banyak orang2 yang akan menganjurkan ceramah2 bagi persiapan ramadhan...
Atau adakah orang2 terlebih dahulu sampai ke bulan syawal...
Ya itupun terlalu ramai...
Ya antaranya mereka2 yang telah dahulu menyambut hari raya...
Sepertimana disana wujud pergambaran untuk hari raya...
Kenapa tidak diwar-warkan tentang bulan ramadhan...
Saya merasakan inilah puncanya apabila kita sibuk dengan keseronokan...
Tetapi tidak bagi mereka yang ingin dan rindukan kedatangan ramadhan...
Mereka merancang dan berazam untuk memenuhi ramadhan...
Dengan zikrullah,sedekah,tadarus quran dan berbagai lagi perkara kebajikan...
Itulah hakikatnya nikmat yang perlu dirasai semua...
Nikmat bulan ramadhan...

Teman2,
azam itu penting,
ikhtiar juga penting,
tawakkal paling utama,
maka marilah kita merancang apa yang bakal kita lakukan untuk menyambut tetamu kita yakni ramadhan...
Sayangnya Allah pada kita,
kerna itu dikurniakan pada kita bulan ramadhan.
Bagaimana pulang sayangnya kita pada Dia...

Ya Allah kurniakan kami peluang untuk menikmati ramadhan yang bakal tiba ini...Amin

Sekadar Renungan...

Bayi dan anak-anak terbiar dibuang
Mereka dibiar dimakan oleh anjing-anjing
Ke manakah hilangnya fitrah kasih dan sayang seorang manusia?
Pencipta pernah berfirman manusia itu berperangai seperti binatang
Bahkan mereka lebih teruk lagi
Maka benarlah firman Yang Maha Esa
Manusia ini lebih suka mengikut nafsu mereka
Akal mereka itu yang terbaik tetapi tetap sia-sia
Lihatlah pula saudara-saudara di sana dengan penghayatan
Di Al-Quds yang mulia merupakan qiblat pertama umat Islam
Tempat persinggahan Rasulullah ketika isra' mikraj
Di sana ada orang-orang yang keji dan kejam
Orang-orang ini terus bertindak zalim terhadap saudara-saudara kita
Saudara-saudara yang tidak berdosa yang kecil atau besar
Segala bentuk bantuan serta pertolongan dihalang tanpa sebab
Maka apakah sahaja yang boleh kita lakukan?
Hanya kembali kepada fitrah sebagai hamba kepadaNYA
Aqidah,Ilmu,Ibadah,keyakinan padaNYA
Bersedialah dengan segala bentuk persiapan
Kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu apa yang bakal mendatang.

Daripada
Insan yang kerdil
Hamba Allah

Bidadari untuk Umar r.a

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani sholat dan thowaf dika'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman surga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".
assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

bismillahirrahmanirrahim...

buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, semoga segala usaha-usaha kita di dalam menegakkan syiar Islam diterima di sisi Allah Azza wa Jalla.

"Aku rindu pada Rasulullah"
"Aku nak bertemu Rasulullah di syurga nanti"
"Aku adalah pejuang Islam."

wahai diriku dan sahabat-sahabat, kita sering melaungkan kata-kata seperti ini. Kita sering menulis di blog-blog, facebook, buku-buku harian kita, tapi adakah kita benar-benar menghayati dan menjadikannya realiti dan bukan sekadar imaginasi dalam hidup kita? Mudah-mudahan kita bukanlah tergolong dari kalangan orang yang berkata-kata, tetapi tidak menunaikan apa yang dikata.

teman-teman yang sentiasa membantu walaupun dengan hanya berdoa untuk teman-temannya, itu lebih baik daripada tiada langsung di hatinya secebis kasih-sayang terhadap sahabatnya.

sahabat, sesungguhnya terasa dalam persahabatn itu perkara biasa. tetapi kenapa kita sering menjadikan perkara yang besar sehingga tidak mahu bertegur sapa, melarikan diri dari sahabat yang kita kata sebagai keluarga kita? itulah punca kepada keruntuhan institusi islam, apabila tiada lagi kasih-sayang, apabila wujud persengketaan... jangan biarkan diri kita terus hanyut dengan sifat terasa ini. kerana ia amat bahaya, bahaya sekali.

sahabat-sahabat mari sama-sama kita teliti semula, adakah kita termasuk dalam golongan yang terasa itu? jauhilah, jauhilah perkara ini, bagaimana kita nak menyatukan umat islam andai kita sendiri bersengketa dengan saudara seperjuangan kita.

mudah-mudahn, warkah ini menjadi penghayatan untuk kita semua.

saya memohon maaf andai warkah ini terkena kepada mana-mana pihak. kerana sejujurnya, saya juga pernah mengalaminya, tapi alhamdulillah apabila saya cuba menyelesaikan dengan cara yang baik, maka Allah kurniakan yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah.

Dengan itu, mari bersama-sama berganding bahu menegakkan agama Allah.

"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam dalam negerimu"
wallahu'alam.

wassalam.

IS THAT EQULITY OR DISCRIMINATION?

BismillahirRahmanirRahim…………………………

Assalamualaikum w.b.t….

Sejak beberapa minggu yang lepas byk persatuan dan kelab2 kat uiam sibuk memperomosikan kehebatan dan keistimewaan masing2 utk menarik ramai ahli baru terutama kpd adik2 yang baru masuk uiam. Dan ahli2 baru yang terpilih akan menjadi sbhgian drp big family persatuan atau kelab tersebut.

Fenomena ini dilihat tidak ubah seperti seorang ibu yang bakal melahirkan anak kedua dlm keluarga. Sudah tentu la ibu dan ayah sangat gembira dan tak sabar menunggu chy mata baru mereka. Bagi mereka, makin meriahlah suasana dlm keluarga dgn bertambahnya ahli keluarga.

Tapi pernahkah mereka terfikir apakah perasaan anak pertama mereka dlm menghadapi kehadiran ahli keluarga baru? Seronokkkah dia? Gembirakah dia menanti kehadiran teman sepermainan? Atapun dia sedang dlm kesedihan dan risau memikirkan sekiranya ibu bapanya tidak mampu membahagikan kasih sayang seadil2nya dan memberi perhatian yang lebih kpd adik barunya nanti….

Jadi, ibu dan ayah perlulah memainkan peranan yang baik utk sentiasa menyelami hati dan perasaan anak pertamanya supaya dia tidak merasakan dirinya terpinggir samada sebelum atau slps ahli keluarga baru lahir…

Oleh itu, wahai ketua2 persatuan atau kelab!!Layanlah semua ahli sama rata tanpa mengira dia ahli baru atau ahli yang lama… jgn la bersikap melebih2kan ahli yang lama dgn alasan mereka lbh berpengalaman dan lbh pro dlm melakukan gerak kerja… dan jgn la pula bersikap melebih2kan ahli yang baru seolah2 ahli yang lama tidak lg berfungsi dlm gerak kerja….krn kedua2nya penting… ahli yang lama yang lebih perpengalaman blh mengajar ahli2 yang baru… dan ahli yng baru mungkin mereka dpt menyumbangkan idea2 yang bernas yang lebih fresh utk improvement persatuan atau kelab tersebut…

Tahniah buat para pelajar yang terpilih menjadi member or committee dlm mana2 persatuan atau kelab…. ambiklah peluang keemasan ni utk mempelajari sesuatu krn ianya pengalaman yang sgt berharga even we can’t find it in classroom… tp ingatlah, perbetulkan niat bhw gerak kerja dilakukan adalah sbg sbhgian ibadah kita dan bukan semata2 mengejar pangkat, kedudukan dan populariti…

Wallahua’lam………

VALENTINE'S DAY...PANDANGAN ISLAM?

Disusun oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Bahagian Pertama
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.

Apa pandangan Islam?

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Pada kesempatan ini kita akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih:

1.kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya,
2.kasih hamba kepada Pencipta,
3.kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:

Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.

(Surah Al-Anfaal: 63)

Dan tafsirnya lagi:

Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

(Surah Ali Imran: 103)

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya

Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.

(Surah Ali Imran: 31)

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

Bahagian Kedua

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.

Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”

(Surah Al-Baqarah: 120-121)

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:

“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu:1) Imam yang adil, 2) pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, 3) orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, 4) dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, 5) seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” 6) seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan 7) seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.

Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”

(Surah Al-Kahfi: 13)

Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Dipetik daripada IRSYAD HUKUM BRUNEI

Laman Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan: http://www.ns.gov.my/mufti/
 

HakCipta Terpelihara