assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

bismillahirrahmanirrahim...

buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, semoga segala usaha-usaha kita di dalam menegakkan syiar Islam diterima di sisi Allah Azza wa Jalla.

"Aku rindu pada Rasulullah"
"Aku nak bertemu Rasulullah di syurga nanti"
"Aku adalah pejuang Islam."

wahai diriku dan sahabat-sahabat, kita sering melaungkan kata-kata seperti ini. Kita sering menulis di blog-blog, facebook, buku-buku harian kita, tapi adakah kita benar-benar menghayati dan menjadikannya realiti dan bukan sekadar imaginasi dalam hidup kita? Mudah-mudahan kita bukanlah tergolong dari kalangan orang yang berkata-kata, tetapi tidak menunaikan apa yang dikata.

teman-teman yang sentiasa membantu walaupun dengan hanya berdoa untuk teman-temannya, itu lebih baik daripada tiada langsung di hatinya secebis kasih-sayang terhadap sahabatnya.

sahabat, sesungguhnya terasa dalam persahabatn itu perkara biasa. tetapi kenapa kita sering menjadikan perkara yang besar sehingga tidak mahu bertegur sapa, melarikan diri dari sahabat yang kita kata sebagai keluarga kita? itulah punca kepada keruntuhan institusi islam, apabila tiada lagi kasih-sayang, apabila wujud persengketaan... jangan biarkan diri kita terus hanyut dengan sifat terasa ini. kerana ia amat bahaya, bahaya sekali.

sahabat-sahabat mari sama-sama kita teliti semula, adakah kita termasuk dalam golongan yang terasa itu? jauhilah, jauhilah perkara ini, bagaimana kita nak menyatukan umat islam andai kita sendiri bersengketa dengan saudara seperjuangan kita.

mudah-mudahn, warkah ini menjadi penghayatan untuk kita semua.

saya memohon maaf andai warkah ini terkena kepada mana-mana pihak. kerana sejujurnya, saya juga pernah mengalaminya, tapi alhamdulillah apabila saya cuba menyelesaikan dengan cara yang baik, maka Allah kurniakan yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah.

Dengan itu, mari bersama-sama berganding bahu menegakkan agama Allah.

"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam dalam negerimu"
wallahu'alam.

wassalam.

No comments:

Post a Comment

 

HakCipta Terpelihara