Selamat Datang

Bismillahi Walhamdulillah

Setelah sekian lama kami merancang untuk menubuhkan blog usrah kami sendiri, alhamdulillah pada hari ini,( 11/12/2009 )hasrat dan impian kami tercapai hasil usaha dan komitmen semua ahli usrah.Kami menamakan usrah kami sebagai Jilul Nasr yang bermaksud Generasi Kemenangan kerana sebagai pemangkin semangat untuk kami berusaha menjadi generasi yang membawa perubahan seterusnya memacu kemenangan islam khususnya.

Selamat datang kepada semua..terima kasih atas lawatan anda.Mohon sebarkan link blog ini kepada rakan-rakan anda.Semoga dengan sedikit sebanyak usaha daripada kita semua,dakwah islam itu akan terus subur dan mekar di alam cyber ini.Insyaallah.

Insyaallah, blog ini akan dijaga dan sentiasa di update oleh anak usrah saya seramai 8 orang iaitu humaira,huda,adila,masturah,iffah,nabila,afiqah & shahirah dan rakan naqibat saya, kak halimah.Semoga sekelumit usaha kami ini sedikit sebanyak dapat membantu gerak kerja islam disamping mengeratkan ukhuwah di antara kami usrah Jilul Nasr ini.Ameen

Siiru 'Ala Barakatillah.

p/s : kepada adik-adik usrah Jilul Nasr, blog dah siap. So, jom sama-sama sumbangkan karya dan penulisan antunna semua dalam blog ini. ingat, erti hidup pada memberi=)

No comments:

Post a Comment

 

HakCipta Terpelihara