ISLAM DITINDAS SECARA HALUS...

Salam...sahabat2 semua, di sini saya ingin berkongsi berkenaan dengan isu yang cukup hangat diperkatakan beberapa hari yang lalu. Sedarkah kita bahawa kita hanya boleh menghantar memorandum, petisyen dan sebagainya. Tetapi mengikut situasi dalam negara kita sekarang, keputusan berada di tangan mahkamah. Tapi, jangan ambil kesempatan yang kita tak boleh buat apa2. Sekurang2nya kita buat sesuatu. Di sini saya ada mengambil sedikit fakta kes yang pernah berlaku dalam negara kita melalui laman blog seorang peguam.

1) kes pertama: kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418 melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan di bawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

2) kes kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Haji Kamaruddin v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul.

3) kes ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Sahabat2 nampak akan senario yang berlaku sekarang? Ini adalah kes2 yang berlaku tahun2 sebelum ni dan mahkamah akan tetap menggunakan kes2 yang berlaku sebagai hujah mereka. Di mana letaknya keadilan bagi umat Islam di negara kita SENDIRI??? sama2 fikirkan =) WALLAHUA'LAM.
 

HakCipta Terpelihara